perempuanku 7

“Assalamualaikum! Makk!!” Lantang suara Kay memberi salam.

Akhirnya dalam masa tidak sampai satu jam mereka tiba di perkarangan rumah Puan Salwiyah. Kampung Kay tidaklah jauh mana. Hanya terletak di hulu Dengkil.

Kay mengerling jam dipergelangan tangan. Hampir pukul 11.00 malam. Masih awal. Tidak Mungkin Puan Salwiyah sudah tidur. Dia kenal dengan ibunya itu. Selagi jam belum menginjak ke angka 12 jangan harap dia hendak lelap.

Sekali lagi salam diberi tetapi masih tiada sahutan. Mati kutu Kay dibuatnya. Sekilas Kay memandang pada Anne yang tersandar pada kusyen kereta. Sudah mengantuk agaknya.

Mata Kay bertembung pula dengan wajah Aril yang sedang bersandar pada pintu kereta BMWnya. Boleh pula Aril memandang saja. Bukan hendak membantunya. Kay membentak.

“Dah bagi salam belum?.” Aril menyoal sambil menghampiri.

Kay sudah membuat muka bengangnya. Apa pekak ke dia ni? Dari tadi aku terpekik terlolong kat sini boleh pula dia tanya macam tu?. Kay malas menjawab soalan bodoh Aril.

“eh, Awa!. Pintu tak berkuncilah.” Aril menolak daun pintu dari luar.

“Tak kunci?.” Kay hairan. Mungkin ibunya masih belum masuk tidur. Tapi kenapa tidak berjawab salamnya?.Kay terlebih dahulu melangkah masuk dengan kakinya yang terjingkit-jingkit. Aril yang melihat berasa kasihan.

“Wa. Sakit ya?.” Aril segera memaut isterinya. Kay kurang selesa diperlaku begitu.

“sorry ya. Perkara ni terjadi sebab abangkan?. Kalau abang tak buat…” belum sempat Aril menyudah ayat Kay terlebih dulu melepaskan pegangan tangan Aril.

“Tolong jangan ungkit hal tu lagi boleh tak?.” Kay meninggikan sedikit suaranya. Sebenarnya dia malu dengan perkara yang ingin dikatakan Aril. Aril hanya senyum meleret.

Malas Kay melayan Aril. Kay berpatah balik kepada Anne. Dikejutkan Anne yang sudah terlena. Kemudian Kay mengeluarkan beg bajunya dari but belakang kereta Myvi milik Anne.

“Mak! Mak!.” Kay Melaung memanggil ibunya. Puan Salwiyah tetap tidak kelihatan di mana-mana.

“Meow! Meow!.”
“Abang!!” Kay pantas mencari-cari arah datangnya suara kucing kesayangannya. Kay melangkah ke arah dapur.

Kay mendapatkan kucing kesayangannya yang sekian lama dirindui. Mahu dibelai kucing kacukan yang memiliki sepasang mata wilis itu.

Sebaik sahaja Kay menunduk untuk mengambil Abang, Kay terkejut melihatkan Puan Salwiyah yang sudah bersandar pada kabinet disebalik meja.

“Mak?,” Kay menggoncang bahu ibunya. Kenapa pula ibunya tidur disini?. Kay bersoal sendiri.

Setelah menggerakkan ibunya berkali-kali, Kay merasakan ibunya itu bukan sedang tidur. Apa yang berlaku pada ibunya? Kay mula cemas.

“Mak! Mak bangunlah,” Aril dan Anne terpanggil kedapur sebaik terdengar suara cemas Kay.

“Kenapa ni?,”

“Awa, kenapa ni?,”

Aril dan Anne menyoal hampir serentak.

“Mak…tak taula Kay. Tolong angkat ke ruang depan!.” Mereka sama-sama membantu Kay memapah Puan Salwiyah ke hadapan.



Setelah diraup mukanya beberapa kali dengan air, akhirnya Puan Salwiyah menyedarkan diri.

“Mak! Mak tak apa-apa ke?,” Soal Kay risau.

“Hah, Kamelia! Bila kau balik? Ha Anne pon ada sekali.” Mereka lantas menyalami Puan Salwiyah.

“saya mak? Tak kan lupa kot?.” Aril tersengih.

“aish, menantu mak yang sorang ni mana mak lupa!” Puan Salwiyah mengusap kepala Aril. Kay sudah mencebik.

“Cik Yah okay ke? Tadi Cik Yah pengsan kat dapur,” Anne menyoal.

“Cik Yah tak apa-apalah. Dah tua-tua ni kan, biasalah tu.” Puan Salwiyah memaparkan riak seperti tiada apa-apa yang berlaku.

“Mak mana boleh kata macam tu. Mak tak sihat ni. Nanti Kay bawakan pergi periksa ya?.”

“Nak buat ape? Mak tak sakit ape ponlah,”

“Mak sebenarnya Kay balik ni nak ambil abang. Apa kata mak ikut kitorang sekali? Nanti kami ada tengok-tengokkan.”

“Betul tu mak.” Aril menyokong pendapat Kay.

“eh,eh, kau orang ni! aku ni mana boleh tinggalkan rumah ni. Kau orang nak tengokkan aku macam mana, kerja memanjang.”

“Mak…”

“Udah,udah. Ni tak mengantuk ke?. Dah lewat sangat dah. Kau orang ambil bilik sebelah tu.” Arah Puan Salwiyah kepada menantunya.

“Anne? Tidur mana?,” celah Anne yang hanya memerhati.

“Anne dengan Cik Yahlah. Jom!” Puan Salwiyah merangkul bahu Anne.

“Eh, Anne. Kau dengan Akulah” Kay menghalang. Anne memandang Kay kemudian kepada Aril sekilas.

“Errr…Aril?”

“Alah dia boleh tidur kat….” Kata-kata Kay mati sebaik memandang renungan mengancam ibunya.

“Dekat mana?....kau nak suruh dia tidur dengan mak?” Kay terkulat-kulat.

“takpelah mak. Bilik ada dua je. Mak tidur bilik mak, Awa dengan Anne bilik sebelah. Aril boleh tidur…..sini!” Aril menunding pada kerusi panjang disebelahnya.

“Eh, buat apa tidur luar. Sejuk!. Dah jangan nak mengada. Amik bilik sebelah tu. Dah jom Anne.” Puan Salwiyah menarik tangan Anne.

Aril hanya mengangkat bahu. Segera dia membawa beg baju menuju bilik yang dimaksudkan.

“Apa tunggu lagi tu?” Aril memandang Kay sekilas.

Kay lantas mengekori Aril sambil menjinjing begnya. Kakinya dihentak-hentak tanda protes.

“Meow!”

“Abang!” Beg yang dijinjing terus terlepas dari pegangan. Rindu sungguh Kay pada Abang. Dibelai bulu lembut Abang. Abang juga seperti turut merinduinya. Abang terus melompat ke atas riba Kay.

Wajah Aril terjengul di muka pintu.

“Buat apa lagi tu? Dah malam ni. Tak nak tidur ke?” Aril memandang Kay yang membelakanginya. Diambil beg baju Kay yang sudah terbalik di atas lantai. Segera di bawa masuk.

Kay yang membelai Abang hanya memandang perbuatan Aril. Kemudian dia turut mengikuti Aril.

Aril memerhati Kay yang asyik melayan ‘Abangnya’. Seperti sudah bertahun tidak berjumpa. Dia meninggalkan Kay seketika. Sekembalinya Aril, dilihatnya Kay masih pada posisi yang sama.

“pergilah salin baju dulu. Tak kemanalah kucing awak tu.” Aril menegur.

Kay mengangkat kepala memandang Aril. Berubah wajahnya. Mana tidaknya, ini kali pertama dia melihat Aril tidak berbaju. Hanya bertuala sahaja. Selama mereka serumah belum pernah dia berada pada keadaan ini kerana dia akan sedaya upaya mengelak keadaan itu.

“Apa tunggu lagi. Pergilah cepat.” Arah Aril sambil memunggah baju mencari pakaian yang sesuai.

“err…malam-malam nak mandi?. Bukan ke tak elok.” Ucap Kay teragak-agak. Aril sudah pon lengkap berpakaian. Dia tersenyum dengan kata-kata Kay.

“Sayang….memangla mandi malam-malam tak elok.” Aril melabuhkan punggung disisi Kay. Kay memandang Aril. Pahal lak mamat ni…bersayang-sayang pulak.

“Ada abang suruh mandi?” Kay menggeleng.

“Dah tu? Tak tau-tau lagi? Tak kan nak pakai baju ni nak buat tidur?” Kay memandang Aril tidak berkelip. Seperti biasa dengan muka ‘blur’nya.

“Salin bajulah, sayang oi.” Aril menarik batang hidung Kay.

“Owhh! Errmm…abang duduk sini ye?” Kay berkatya pada kucingnya. Kay tercari-cari mana letak beg bajunya.

“tu sebelah katil tu.” Aril menunjuk mengerti akan kelakuan Kay. Kay hanya memandang sekilas pada Aril. Diambil baju yang ingin dipakai keluar.

Aril memerhati langkah Kay dengan ekor matanya. Aril melangkah duduk di birai katil. Disisinya abang sedang enak menjilat-jilat bulunya. Mengerbang! Aril meneliti. Perasaan jengkel terbit dihatinya. Dia menguis abang dengan hujung kakinya..

“so kaulah abang kesayangan isteri aku eh?” abang masih menjilat bulunya. Tidak dipedulikan pertanyaan Aril.

“pandang aku bila aku bercakap!,” Aril menjerkah abang seperti orang bodoh. Aril rasa tercabar.

“jangan haraplah kau nak rampas dia dari aku. Alamak ai…belagak siot kucing ni.” ditendang sedikit abang menyebabkan abang terperanjat dan mengiau nyaring. Kaki Aril menjadi sasaran kukunya.

“aduh!,” Aril melompat naik ke atas katil. Terkejut dia dengan perubahan abang. Tadi bukan main manja dilihatnya bila bersama isterinya. Aril membelek kakinya yang menampakkan bekas cakaran.

“tak guna kau,” Aril merenung tajam mata hijau kebiruan milik abang.

Aril mengibas tangan pada abang. Tangannya ditunjuk pada pintu. Saat itu pintu ditolak dari luar. Terjengul wajah Kay.

Kay memandang Aril pelik. Muka keruhnya seperti orang dalam kemarahan. Kay tak pasti. Dia beralih memandang abang. Seperti tak ada apa-apa yang mencurigakan. Kay memandang Aril semula. Pelik!.

“Awa bawa keluar kucing darling awak ni. Habis dicakarnya kaki abang.” Adu Aril. Kay mengerutkan kening.

Abang mengiau manja. Digesel kepalanya pada kaki Kay. Aril yang memandang semakin geram. Pandainya berlakon. Nak tutup kesalahan lah tu!.

“Tak mungkin lah abang cakar orang. Abang manja tau. Mana ada dia garang macam tu. Kan abang?” Kay membelai abang sayang..

“tengok ni manja lagi.” Sambung Kay lagi.

“tengoklah kaki abang ni bercalar-balar dah. Habis dah tak cantik.”

“ceh!” Kay menjeling kaki Aril. Kalau bercalar pon bukan teruk mana. Kay memandang Aril dengan kening double-jerk. Kay tersengih-sengih.

“ke orang tu nak buat cerita. Nak tutup malu. Manalah tahu orang tu takut gila dengan kucing.” Kay sudah berderai tawanya.

“Siap naik atas katil lagi. Punyalah takut!. Siannya orang yang takut kucing ni. Rugi tau! Kucing ni punyalah comeii” Aril menatap Kay tajam.

“Abang tak main-mainlah. Siapa takut?,” suara Aril sedikit bergetar menahan marah. Siapa yang tidak marah dituduh begitu.

Kay lantas mengangkat abang. Disua kepada Aril. Aril yang terkejut pantas mengelak. Tidak mahu bersentuh dengan kucing itu. Musuh!.

“ha tu mengelak takutlah tu?!” Kay ketawa lagi kerana dapat mengenakan Aril.

Geram Aril dibuatnya. Dia tidak mempedulikan Kay lagi. Sakit hatinya mendegar ketawa Kay. Ditarik selimut dengan kasar.

“Nantilah Awa. Tak serik lagi nampaknya. Siaplah!” Aril memejamkan mata. Kay pula terus menerus ketawa.

Comments

Popular Posts