Friday, September 16, 2011

perempuanku 8

Sarapan siap!!


Anne keluar dari arah dapur. Menatang bersama semangkuk nasi goreng di tangan. Puan Salwiyah menuang air ke dalam cawan. Aril menjenguk dapur. Dari jauh dah terbau aura nasi goreng buatan Anne.



"Duduk Ril," Puan SAlwiyah mengarahkan muncungnya pada meja makan.


Aril melangkah kepada dua wanita tersebut.



"Hmm... sedap bau, dari jauh dah boleh bau kesedapannya. Mesti sedap nih!" Aril dah buat gaya iklan mee, menghidu. Wajahnya berhenti pada Anne. Hehe!. Mereka sama-sama sengih 'kerang busuk'.



"Ha Aril, mana budak bertuah tu?" Selit Puan Salwiyah. Dari tadi tak jugak nampak batang hidung si Kay tuh.. apa cerita? nak buat hal?. Kening Aril kerut seribu. Lama-lama boleh tua aku macam ni-lah. Melayan kerenah budak sorang nih!. Tak boleh ke jadi normal macam orang lain? huh!



"Bukan dia tolong sekali kat dapur?"



"Eh bukan-lah. Tolong kat dapur??.... excuse me, ni Anne buat sendiri tau. Tak ada campur tangan orang lain." Anne dah terlebih dose gedik santai dia. Jari telunjuk digoyang-goyang di hadapan Aril.



"Err..." Aril menatap Anne tak berkelip. Ciss! Baru ingat nak puji habisan masakan isteri sendiri tadi. Huh! minah senget sorang nih. Pergi mana-lah dia nih. Ingat dengan sesi puji memuji yang dirancang tu bakal membuka pintu kemaafan di hati Kay. Ah tak boleh Aril! Kay dah balas lebih kejam dan bombastik dari tuh. So macamana sekarang ni? fikir-fikir Aril!.



"Aril??..." Anne mengawangkan tangan dihadapan Aril. Apekehal pulak mamat nih!. Tembus muka aku dah!.



"Anne buat sorang je? mane Awa?" Anne angkat bahu. Mana-lah tau!. Aril usap dagu dengan ibu jari dan jari telunjuk. Aha! Kening di angkat. Kerusi di tolak ke belakang. Aril bergegas naik ke bilik yang didiaminya dan Kay.



"Kenapa tuh?" Puan Salwiyah dan Anne bertanya serentak. Serentak juga mereka mengangkat bahu.






Masya Allah!


"Tidur lagi?" Aril menggeleng. Kay di atas katil bergumpalan dengan kain cadar di adun dengan kain selimut. Macam salmon bertopping pon ada jugak. Subuh tadi dah bangun dah, ni sambung balik pulak. Tabiat buruk betul!.


"Tuan Puteri! Bangun Adindaku sayang... Siang sudah menunjukkan muka, wahai Tuanku Gusti Puteri Retno Dumilah Sari oii!"


"Alamak aku masuk mimpi zaman Hang Tuah ke?" Kay bangun, terduduk di atas katil, terkumat-kamit dengan suara serak. Terkejut Aril dibuatnya. Buang tabiat pe!


"Banyak-lah zaman Hang Tuah mu! Bangun!" Aril mencubit-cubit pipi Kay. Nak ambil kesempatann ya! Pemalas betul!


"Dah-dah, Bangun! orang semua tengah sarapan sekarang. Dia dok terbongkang atas katil macam sushi basi nih lagi." Aril segera menarik lengan Kay yang ingin merebahkan kembali dirinya.


"Ya,ya! wa che tau wa!" Kay mengalah. Matanya terpisat-pisat. Mulut terkumat-kamit. Ntahapantah yang dia cakap. Aril pelik tahap weird. Merapu apabagai sampai keluar ntahapa bahasa yang dia pakai.


Kay membulatkan mata pada Aril. Huh! mamat ni-lah yang tak habis-habis yang jadi pengacau keabadian hidup aku-lah! Baru ingat nak tidur puas-puas cuti nih. Tak boleh senang sikit pe.. riuh-lah mamat nih tahap tak ingat dunia.


Kay menapak ke ruang dapur. Dapat di hidu aroma rasa lazat. Dia menarik kerusi dihadapan Anne. Kay menunduk mahu duduk...


"Warrrghhh..!!" Bedebuk Kay di atas lantai beralaskan tikar getah rumah itu. Anne didepan tersedak-sedak bahana ketawa spontan yang terhasil dari kejadian itu. Kay menggosok pinggangnya.


"Apahal pulak main tarik kerusi nih! " Mencerun Kay memandang Aril. Sekaligus menabur ancaman aura 'membunuh'. Seingat aku tarik-tarik kerusi nih berlangsung ada-lah dalam beberapa tahun lepas. Waktu sekolah menengah de ar... mamat nih nak mengimbau zaman sekolah pe? kenangan dengan guru-guru masa hari guru pe?


"Nasib baik pinggang ni tak patah tau?!!" Kay bangun. Menepuk-nepuk belakang baju.


"ye.. nasib baik je tuh! malu sikit ye! bangun-bangun dah mengadap meja makan. Dah-lah tak mandi tak apa." Muka selamba dia menutur, tiada rasa serba salah. Kay menjeling maut. Toya!


Kay menurut Aril duduk dihadapan meja. Selamba dia mencedok nasi goreng ke dalam pinggan kosong. Makan! Doa? huh! dalam hati-lah. Tak boleh tunjuk kat mamat nih. Kang dia ingat aku mengalah karang. Never ever! ni Kay-lah.


"Eh.. lagipun orang dah gosok gigi dah. Awal-awal lagi. Huh!"


" Gerutu sungguh-lah korang nih!" Anne menggeleng.





"Weyh Kay, tak kan nak duduk-duduk sini je?"


Anne memandang Kay yang endah tak endah tu. Mereka sedang dudukdihadapan rumah, di bawah pankin. Patut-lah walkman Kat telinga! Anne menanggalkan walkman Kay. Di bawa jauh.


"Ribut-lah kau! asalnya?" Kay mengapai-gapai tangan pada Anne.


"Apa yang kau syok sangat nih dengan walkman nih?" Anne meneliti. Huh! tak habis-habis dengan sorry-sorry-lah, i don't care-lah, lollipop-lah. Kay berjaya merampas semula walkman-nya. Dia menyumbat earphone dalam telinga. Volume diturunkan.


"Korea-korean dia..Tak sudahh" Anne mencebik.


"Ape kau nak? "


"Berapa lama lagi kau nak duduk sini? Abang kesayangan pon kau dah jumpa..so.. takkan nak duduk sini je. Bosan tau! Kot la kau bawak aku jalan-jalan ke.. nih balik-balik tengok kau ber'asmara' dengan Aril."


"The berwhat..??" Tersembul mata Kay."Kau nih jangan-lah melampau tahap nak gugur pagar-pagar cantik tuh. Kau bosan ey?" Kay memikir sesuatu. Tapp! Ahaa! Kay memetik ibu jari dengan jari hantu.


"What..?" Anne tak sabar. Bersinar terlebih matanya mengalahkan sinar matahari yang makin meninggi tuh.

"Kau tunggu kejap eh..,"


"Nak pergi mana..?" Kepala Anne mengikut pergerakan langkah Kay menapak ke dalam rumah. Muncung sedepa.


"Aku gi siap! kita round ronda kampung!!" Kay melaung dari dalam. Muncung di tarik semula.


"Yess..takde-lah aku mati kebosanan kat sini!!!" Anne melaung kuat. Reaksi terlebih dose semangat. Dah macam tugu negara pon ade... yang tengah menjulang bendera. Lama!.


"Eh, pe aku buat nih?" Segera dia meletak kembali penyapu daun kering yang entah bila melekat kat tangan dia..pon-tah-tataulah! Sengih sorang!





"Cari apa?"

Kay memandang Aril sekilas. Huh! peduli hapa dia! Tadi tergesa-gesa dia mandi, ingat nak cepat. Dah sampai depan pintu utama. Tupp! Patah balik. Baru teringat getah rambut yang di beli hari tu...taruk kat mana? Nak tanya Aril.. Kot-lah dia yang jaga barang aku. Macam dia kesah jerr. Paling muka pon taknak.. tanya pon muka masih dok mengadap komputer riba kesayangan dia tu je-lah. Cuti-cuti malaysia nihh..buat pe-lah masih dok nak bergelumang dengan kes-kes tuh? bawak-bawak-lah berehat. Huh!


"Cari apa??" Sekali lagi Aril bersuara. Dari ekor mata dia melihat perlakuan Kay yang memunggah sana-sini.


"Getah ram..yess dah jumpa!" Segera dibuat ikat rambut yang mengurai bebas tuh. Kay menjenguk

komputer riba Aril.


"Buat apa tuh?" Kay bertanya. Aril pantas menutup.


"Nak pergi mana?" Aril tersenyum manis. Aelahmak! nak tengok pon tak boleh. Ingat aku nak sabotaj ke? tapi fikir balik..tak mustahil!


"Nak gi jalan-jalan. Kenape nak ikut ke?" Kay ajak-ajak ayam. Macam nak ikut je!


"Longgar tuh. Meh sini abang ikat." Dari tadi Aril perhati je Kay terkial-kial ikat rambut dia tuh. Panjang mengalahkan ekor kuda, mana tak-nya!


"Tak pe. Nak cepat nih!" Kay terduduk sebelum sempat dia melangkah. Perghh! Main tarik je tangan aku. Kot terhumban tempat lain ke? naya je. Nasib baik landing atas sofa.

"Sekejap je...bagi sikat tu." Sikat dalam genggaman Kay bertukar tangan.


"Siap! Rambut nih dah panjang sangat. Tak nak potong ke?" Kay angakat bahu.


"Tak nak buat tocang ke, dandan ke, abang terror tau!" Aril menawar. Mana tak-nya kerja dok buat benda tuh je-lah dulu-dulu.


"Eh,eh... tak payah. Lain kali je-lah ya! lambat dah nih."



Kay berlari anak ke arah Anne yang sudah sedia menanti di bawah pankin.


"Asal kau lambat? berjanggut-manggut dah aku nih." Kay hanya tersengih


"Aku cari ni tadi..."Kay menayang.


"Yelah-sangat-tuh! entah dia bergayut dengan si abang kann... sape tau." Anne serkap. Kay dah membara nampak-nya. Kalau meletup kot kalah gunung Krakatoa kat Indonesia nun. Cool-kan cepat!!


"Eh Kay.. aku tak habis lagi. I mean abang kau-lah" Kay masih mencerun.


"Alah Kay. Kau jangan nanti tak pasal-pasal esok keluar paper 'seorang gadis ayu rentung akibat ledakan krakatoa' berita lanjut.. yang pelik-nya krakatoa tuh bukan kat Indonesia. Dah tuh menyerupai gadis ayu, molek, lagi mengancam." Anne membuat kaunter berita dia dah. Ngee!


"Eii, dah-dah. Kalau kau aku tau dah. Tu je-lah modal dia nak pujuk balik. Kot-lah aku nih betul-betul mengancam takpe gak ."


"Eh, betul pe.. kau memang mengan..." Anne mati ayat. Krakatoa amaran lagi!


"Kau jangan! kot betul pulak esok keluar berita kau tuh. Elok-elok dah reda.."


"Sorry ar beb..hehehe. Sorry-sorry-sorry, neaga-neaga-neaga, maun..."


"Weyhh! sudah-sudah-lah tuh." Kay melangkah ke belakang rumah. Melayan kerenah Anne tak sudah jadinya. Anne membuntuti dengan gaya tangan dalam vedio clip; super junior(sorry-sorry) ketika kumpulan tersebut menyanyikan part 'sorry-sorry'.no

perempuanku 7

“Assalamualaikum! Makk!!” Lantang suara Kay memberi salam.

Akhirnya dalam masa tidak sampai satu jam mereka tiba di perkarangan rumah Puan Salwiyah. Kampung Kay tidaklah jauh mana. Hanya terletak di hulu Dengkil.

Kay mengerling jam dipergelangan tangan. Hampir pukul 11.00 malam. Masih awal. Tidak Mungkin Puan Salwiyah sudah tidur. Dia kenal dengan ibunya itu. Selagi jam belum menginjak ke angka 12 jangan harap dia hendak lelap.

Sekali lagi salam diberi tetapi masih tiada sahutan. Mati kutu Kay dibuatnya. Sekilas Kay memandang pada Anne yang tersandar pada kusyen kereta. Sudah mengantuk agaknya.

Mata Kay bertembung pula dengan wajah Aril yang sedang bersandar pada pintu kereta BMWnya. Boleh pula Aril memandang saja. Bukan hendak membantunya. Kay membentak.

“Dah bagi salam belum?.” Aril menyoal sambil menghampiri.

Kay sudah membuat muka bengangnya. Apa pekak ke dia ni? Dari tadi aku terpekik terlolong kat sini boleh pula dia tanya macam tu?. Kay malas menjawab soalan bodoh Aril.

“eh, Awa!. Pintu tak berkuncilah.” Aril menolak daun pintu dari luar.

“Tak kunci?.” Kay hairan. Mungkin ibunya masih belum masuk tidur. Tapi kenapa tidak berjawab salamnya?.Kay terlebih dahulu melangkah masuk dengan kakinya yang terjingkit-jingkit. Aril yang melihat berasa kasihan.

“Wa. Sakit ya?.” Aril segera memaut isterinya. Kay kurang selesa diperlaku begitu.

“sorry ya. Perkara ni terjadi sebab abangkan?. Kalau abang tak buat…” belum sempat Aril menyudah ayat Kay terlebih dulu melepaskan pegangan tangan Aril.

“Tolong jangan ungkit hal tu lagi boleh tak?.” Kay meninggikan sedikit suaranya. Sebenarnya dia malu dengan perkara yang ingin dikatakan Aril. Aril hanya senyum meleret.

Malas Kay melayan Aril. Kay berpatah balik kepada Anne. Dikejutkan Anne yang sudah terlena. Kemudian Kay mengeluarkan beg bajunya dari but belakang kereta Myvi milik Anne.

“Mak! Mak!.” Kay Melaung memanggil ibunya. Puan Salwiyah tetap tidak kelihatan di mana-mana.

“Meow! Meow!.”
“Abang!!” Kay pantas mencari-cari arah datangnya suara kucing kesayangannya. Kay melangkah ke arah dapur.

Kay mendapatkan kucing kesayangannya yang sekian lama dirindui. Mahu dibelai kucing kacukan yang memiliki sepasang mata wilis itu.

Sebaik sahaja Kay menunduk untuk mengambil Abang, Kay terkejut melihatkan Puan Salwiyah yang sudah bersandar pada kabinet disebalik meja.

“Mak?,” Kay menggoncang bahu ibunya. Kenapa pula ibunya tidur disini?. Kay bersoal sendiri.

Setelah menggerakkan ibunya berkali-kali, Kay merasakan ibunya itu bukan sedang tidur. Apa yang berlaku pada ibunya? Kay mula cemas.

“Mak! Mak bangunlah,” Aril dan Anne terpanggil kedapur sebaik terdengar suara cemas Kay.

“Kenapa ni?,”

“Awa, kenapa ni?,”

Aril dan Anne menyoal hampir serentak.

“Mak…tak taula Kay. Tolong angkat ke ruang depan!.” Mereka sama-sama membantu Kay memapah Puan Salwiyah ke hadapan.



Setelah diraup mukanya beberapa kali dengan air, akhirnya Puan Salwiyah menyedarkan diri.

“Mak! Mak tak apa-apa ke?,” Soal Kay risau.

“Hah, Kamelia! Bila kau balik? Ha Anne pon ada sekali.” Mereka lantas menyalami Puan Salwiyah.

“saya mak? Tak kan lupa kot?.” Aril tersengih.

“aish, menantu mak yang sorang ni mana mak lupa!” Puan Salwiyah mengusap kepala Aril. Kay sudah mencebik.

“Cik Yah okay ke? Tadi Cik Yah pengsan kat dapur,” Anne menyoal.

“Cik Yah tak apa-apalah. Dah tua-tua ni kan, biasalah tu.” Puan Salwiyah memaparkan riak seperti tiada apa-apa yang berlaku.

“Mak mana boleh kata macam tu. Mak tak sihat ni. Nanti Kay bawakan pergi periksa ya?.”

“Nak buat ape? Mak tak sakit ape ponlah,”

“Mak sebenarnya Kay balik ni nak ambil abang. Apa kata mak ikut kitorang sekali? Nanti kami ada tengok-tengokkan.”

“Betul tu mak.” Aril menyokong pendapat Kay.

“eh,eh, kau orang ni! aku ni mana boleh tinggalkan rumah ni. Kau orang nak tengokkan aku macam mana, kerja memanjang.”

“Mak…”

“Udah,udah. Ni tak mengantuk ke?. Dah lewat sangat dah. Kau orang ambil bilik sebelah tu.” Arah Puan Salwiyah kepada menantunya.

“Anne? Tidur mana?,” celah Anne yang hanya memerhati.

“Anne dengan Cik Yahlah. Jom!” Puan Salwiyah merangkul bahu Anne.

“Eh, Anne. Kau dengan Akulah” Kay menghalang. Anne memandang Kay kemudian kepada Aril sekilas.

“Errr…Aril?”

“Alah dia boleh tidur kat….” Kata-kata Kay mati sebaik memandang renungan mengancam ibunya.

“Dekat mana?....kau nak suruh dia tidur dengan mak?” Kay terkulat-kulat.

“takpelah mak. Bilik ada dua je. Mak tidur bilik mak, Awa dengan Anne bilik sebelah. Aril boleh tidur…..sini!” Aril menunding pada kerusi panjang disebelahnya.

“Eh, buat apa tidur luar. Sejuk!. Dah jangan nak mengada. Amik bilik sebelah tu. Dah jom Anne.” Puan Salwiyah menarik tangan Anne.

Aril hanya mengangkat bahu. Segera dia membawa beg baju menuju bilik yang dimaksudkan.

“Apa tunggu lagi tu?” Aril memandang Kay sekilas.

Kay lantas mengekori Aril sambil menjinjing begnya. Kakinya dihentak-hentak tanda protes.

“Meow!”

“Abang!” Beg yang dijinjing terus terlepas dari pegangan. Rindu sungguh Kay pada Abang. Dibelai bulu lembut Abang. Abang juga seperti turut merinduinya. Abang terus melompat ke atas riba Kay.

Wajah Aril terjengul di muka pintu.

“Buat apa lagi tu? Dah malam ni. Tak nak tidur ke?” Aril memandang Kay yang membelakanginya. Diambil beg baju Kay yang sudah terbalik di atas lantai. Segera di bawa masuk.

Kay yang membelai Abang hanya memandang perbuatan Aril. Kemudian dia turut mengikuti Aril.

Aril memerhati Kay yang asyik melayan ‘Abangnya’. Seperti sudah bertahun tidak berjumpa. Dia meninggalkan Kay seketika. Sekembalinya Aril, dilihatnya Kay masih pada posisi yang sama.

“pergilah salin baju dulu. Tak kemanalah kucing awak tu.” Aril menegur.

Kay mengangkat kepala memandang Aril. Berubah wajahnya. Mana tidaknya, ini kali pertama dia melihat Aril tidak berbaju. Hanya bertuala sahaja. Selama mereka serumah belum pernah dia berada pada keadaan ini kerana dia akan sedaya upaya mengelak keadaan itu.

“Apa tunggu lagi. Pergilah cepat.” Arah Aril sambil memunggah baju mencari pakaian yang sesuai.

“err…malam-malam nak mandi?. Bukan ke tak elok.” Ucap Kay teragak-agak. Aril sudah pon lengkap berpakaian. Dia tersenyum dengan kata-kata Kay.

“Sayang….memangla mandi malam-malam tak elok.” Aril melabuhkan punggung disisi Kay. Kay memandang Aril. Pahal lak mamat ni…bersayang-sayang pulak.

“Ada abang suruh mandi?” Kay menggeleng.

“Dah tu? Tak tau-tau lagi? Tak kan nak pakai baju ni nak buat tidur?” Kay memandang Aril tidak berkelip. Seperti biasa dengan muka ‘blur’nya.

“Salin bajulah, sayang oi.” Aril menarik batang hidung Kay.

“Owhh! Errmm…abang duduk sini ye?” Kay berkatya pada kucingnya. Kay tercari-cari mana letak beg bajunya.

“tu sebelah katil tu.” Aril menunjuk mengerti akan kelakuan Kay. Kay hanya memandang sekilas pada Aril. Diambil baju yang ingin dipakai keluar.

Aril memerhati langkah Kay dengan ekor matanya. Aril melangkah duduk di birai katil. Disisinya abang sedang enak menjilat-jilat bulunya. Mengerbang! Aril meneliti. Perasaan jengkel terbit dihatinya. Dia menguis abang dengan hujung kakinya..

“so kaulah abang kesayangan isteri aku eh?” abang masih menjilat bulunya. Tidak dipedulikan pertanyaan Aril.

“pandang aku bila aku bercakap!,” Aril menjerkah abang seperti orang bodoh. Aril rasa tercabar.

“jangan haraplah kau nak rampas dia dari aku. Alamak ai…belagak siot kucing ni.” ditendang sedikit abang menyebabkan abang terperanjat dan mengiau nyaring. Kaki Aril menjadi sasaran kukunya.

“aduh!,” Aril melompat naik ke atas katil. Terkejut dia dengan perubahan abang. Tadi bukan main manja dilihatnya bila bersama isterinya. Aril membelek kakinya yang menampakkan bekas cakaran.

“tak guna kau,” Aril merenung tajam mata hijau kebiruan milik abang.

Aril mengibas tangan pada abang. Tangannya ditunjuk pada pintu. Saat itu pintu ditolak dari luar. Terjengul wajah Kay.

Kay memandang Aril pelik. Muka keruhnya seperti orang dalam kemarahan. Kay tak pasti. Dia beralih memandang abang. Seperti tak ada apa-apa yang mencurigakan. Kay memandang Aril semula. Pelik!.

“Awa bawa keluar kucing darling awak ni. Habis dicakarnya kaki abang.” Adu Aril. Kay mengerutkan kening.

Abang mengiau manja. Digesel kepalanya pada kaki Kay. Aril yang memandang semakin geram. Pandainya berlakon. Nak tutup kesalahan lah tu!.

“Tak mungkin lah abang cakar orang. Abang manja tau. Mana ada dia garang macam tu. Kan abang?” Kay membelai abang sayang..

“tengok ni manja lagi.” Sambung Kay lagi.

“tengoklah kaki abang ni bercalar-balar dah. Habis dah tak cantik.”

“ceh!” Kay menjeling kaki Aril. Kalau bercalar pon bukan teruk mana. Kay memandang Aril dengan kening double-jerk. Kay tersengih-sengih.

“ke orang tu nak buat cerita. Nak tutup malu. Manalah tahu orang tu takut gila dengan kucing.” Kay sudah berderai tawanya.

“Siap naik atas katil lagi. Punyalah takut!. Siannya orang yang takut kucing ni. Rugi tau! Kucing ni punyalah comeii” Aril menatap Kay tajam.

“Abang tak main-mainlah. Siapa takut?,” suara Aril sedikit bergetar menahan marah. Siapa yang tidak marah dituduh begitu.

Kay lantas mengangkat abang. Disua kepada Aril. Aril yang terkejut pantas mengelak. Tidak mahu bersentuh dengan kucing itu. Musuh!.

“ha tu mengelak takutlah tu?!” Kay ketawa lagi kerana dapat mengenakan Aril.

Geram Aril dibuatnya. Dia tidak mempedulikan Kay lagi. Sakit hatinya mendegar ketawa Kay. Ditarik selimut dengan kasar.

“Nantilah Awa. Tak serik lagi nampaknya. Siaplah!” Aril memejamkan mata. Kay pula terus menerus ketawa.

perempuanku 6

Kay pulang awal hari itu. Takut juga dia dengan muka semacam Aril tengah hari tadi.

“hari ni kenalah aku berkorban sikit. Masak banyak-banyak untuk anak gajah tu. Mana tau balik karang menyinga, aku jugak yang susah” Kay tersenyum sendiri mengingatkan kejadian tengah hari tadi. Kejam betul aku ni!. Kay mengacau gulai didalam periuk.

“sedap tak?” Kay merasa sedikit masakannya.

“ummh..memangla sedap aku yang masak.” Ucap Kay bangga dengan kebolehannya. Sememangnya Kay pandai memasak. Cukup pakejla kata orang.

Usai kerja didapur Kay ke tingkat atas membersihkan diri.Kemudian dia turun semula menanti kepulangan Aril.

“Aishh! Lambat pulak dia ni balik. Baik tengok tv sambil-sambil tu.” Kay mencapai remote tv. Dia menekan butang 553. Apalagi petang-petang begini. Air Crash Investigetionlah!.

Dalam keasyikan ingin mengetahui punca kemalangan pesawat Kay tidak menyedari kereta Aril telah memasuki porch. Kay tersedar sebaik pintu dibuka orang dari luar.

Kay memandang Aril tidak berkelip. Kay ingin mengatakan sesuatu tetapi Aril lebih pantas memanjat anak tangga meninggalkan Kay yang sudah terkulat-kulat diatas sofa.

“Marah betul nampak!”Kay mencebik bibir. Dia menyambung penghayatannya yang tergendala sebentar tadi.

Beberapa minit selepas itu Aril turun semula. Kali ini baju kerja yang dipakai sudah diganti dengan t-shirt dan kain pelikatnya. Aril melabuhkan punggung disisi Kay.

“Kay dah…”

“apasal tak naik? Tak solat ke?” potong Aril.

“er…tak” jawab Kay teragak-agak. Aril yang memandang tv menoleh pada Kay. Keningnya diangkat.

“cutilah!” jawab Kay geram. Mukanya cuba diselambakan. Aril menangguk-angguk kepalanya. Dia kembali menatap tv dihadapannya.

“Makanan dah hidang…”

“kenapa Kay buat abang macamtu?” Kay tidak jadi berkata-kata. Nada serius Aril membuatnya cuak.

Aril menatap Kay yang diam, menunduk sambil bermain-main dengan jari runcingnya. Dia geram kerana Kay tidak peduli pada soalan yang diajukan.

“kenapa diam? Tengah hari tadi bukan main lagi kenakan abang ya?!” Aril menginjak, merapatkan posisinya dengan Kay. Matanya tidak lepas merenung isterinya itu. Perbicaraan harus dijalankan!

Kay semakin tidak tenteram. Aku tahulah kau peguam! Ni mesti kes nak buat perbicaraan ni!. Bencinya!.

“hmm..?!” Aril menanti jawapan Kay. Dia tidak puas selagi tidak mendapat alasan dari Kay.

“err…nak makan tak? Kay dah siapkan macam-macam dah. Jom kita makan!” Kay mengubah topik. Mukanya masih selamba tetapi sedikit gugup pertuturannya.

“ abang tanya ni?!!!” Aril mula hilang sabar. Perbicaraan perlu diselesaikan segera. Kay pula sudah berasa tercabar. Dia cuba membidas.

“biarlah! Siapa suruh malukan Kay?” Kay menjawab. Tetapi dia tidak berani menentang wajah Aril.

“Padanlah dengan muka yang tak tau malu tu. Itu baru sikit. Kay buat tu sebagai ba….” Kata-kata Kay mati disitu. Wajah Aril dirasakan hampir dengannya.

Kay mengangkat mukanya ingin memastikan. Tersentap jantungnya. Dahinya berlaga dengan hidung mancung Aril. Wajah mereka tinggal berapa cm lagi. Rapat sekali.

Aril mengangkat kening sebelah. Pipi gebu Kay menjadi sasaran bibirnya.

“balasan..” sambung Aril membisik ditelinga Kay. Aril tersenyum melihatkan Kay yang tidak terkata itu. Aril menarik pula Kay kedalam pelukanya. Masih tiada respon. Dia mencuba dengan lebih gempak lagi.

Rambut panjang Kay dibelainya lembut. Haruman pada rambut itu mengetarkan jiwanya. Kay kaku ditempat duduknya. Tidak tahu apa yang patut dilakukan. Dia seperti berada dialam lain.

Sebaik saja bibir suaminya melekat pada tengkuknya barulah dia tersedar. Kay tergamam. Perasaan geram dan malu bercampur aduk. Macam mana aku boleh diam je! Ala..kau jangan meloyar dengan aku Aril oi!. Buat aku cuak pulak!.

Kay lemas dalam pelukan Aril. Dia cuba melepaskan pelukan itu. Ditolak tubuh itu agar menjauhinya. Kay berlari anak memanjat tangga. Menggigil badannya tika itu. Belum pernah dirinya diperlaku sebegitu rupa.

Aril ditempat duduk hanya memandang. Tawa yang ditahan pecah juga. Aril ketawa semahunya. Puas!

“itu baru sikit abang boleh buat!!.” Aril memulangkan paku buah keras. Tawanya bergema dalam rumah besar itu. Geli hati melihat wajah keruh isterinya yang tidak keruan. Dia mahu menduga Kay sebenarnya. Sejauh mana isterinya itu ingin melawan.


“Mak!! Ayah! Tolong Kay! Anne..Zara! tolong aku.” Kay didalam bilik sudah tidak keruan. Kehulu kehilir dia didalam bilik besar itu.

“Kalau anak gajah tu terus buat macam ni mau mati aku kena serangan bakteria dia tu. Apa aku nak buat ni…”Kay buntu memikir jalan penyelesaian.

Kay pantas memunggah baju-bajunya. Dijadikan satu bungkusan menyerupai sup bunjut.Biarlah dia keluar dari bilik itu. Kalau disuruh Aril keluar, mana maunya Suaminya itu.

Kay melangkah pula pada meja solek. Dikaut segala barangnya. Botol minyak wangi, pencerah dan segala macam lagi losyen dan barang miliknya.

“Biarlah aku blah. kalau suruh anak gajah tu, macam dia nak ikut je.” Kay mengomel sambil menuruni tangga.

Aril yang sedang mendaki tangga menuju tingkat atas hairan melihat Kay yang tergopoh gapah menuruni tangga. Kay tidak mempedulikan Aril. Aril pantas menggenggam lengan Kay.

“ eh, lepaslah!” Kay cuba melepaskan peganggan Aril.

“Salwa nak kemana ni? Kain bunjut ni nak buat apa?” Soal Aril. Dia risau kalau-kalau Kay nak melarikan diri pula.

Pada pemikiran Kay, Aril seorang penyebok. Semuanya dia ingin tahu, semua dia nak tanya. Semua dia nak korek, semua dia nak kepastian. Pening otak Kay setiap kali Aril bersuara. Soalan-soalan tidak pernah lekang. Ada sahaja yang ingin dia tanya. Rimas Kay dibuatnya.

Kay menari-narik lengannya yang masih dipegangg Aril. Akibatnya mereka sama-sama tergolek jatuh kebawah. Barang-barang yang dibawa Kay terburai diatas lantai. Habis bekas-bekas kaca berderai.

“aduh! Apa tu Awa?.” Aril mengaduh. Lengannya dihempap Kay. Dilihatnya bekas minyak wangi yang sering dipakai Kay sudah berderai diatas lantai.

Kay tidak mengendahkan Aril. Kakinya yang sakit dibiar berdenyut. Kay pantas mengutip barangnya . Dia melangkah kearah bilik tetamu ditingkat bawah dengan kaki terencot-encot. Darah menitik disepanjang jalannya. Kay panik.

“darah!!!” Kay menjerit kuat. Dia panik melihat darah sudah mengalir dari betisnya. Terasa ingin menangis melihat darahnya yang mengalir laju itu. Kay terduduk didepan pintu bilik. Dia ngeri melihat darah. Terasa hendak pitam Kay tika itu.

Kaki kanannya yang terseliuh mula berdenyut hebat manakala betis kaki kirinya semakin kebas. Aril yang terduduk menggosok lengannya mula menghampiri. Aril melihat berjejeran darah disepanjang jalan.

“ya Allah! banyaknya darah.” Dengan susah payah Aril mencempung tubuh isteinya yang sudah teresak itu kedalam bilik.

“Awa tunggu sekejap ya. Abang ambil kotak kecemasan kejap.” Kay sudah tersedu di pembaringan. Terasa tidak cukup mata dia menangis. Aril kembali dengan kotak kecemasan ditangan. Aril membetulkan duduk isterinya supaya bersandar kepada kepala katil.

“dah! Jangan nangis lagi. Mari abang bersihkan luka tu.” Aril menenagkan Kay. Keadaan Kay seperti anak kecil yang meminta-minta.

“sakit!” Kay memjamkan matanya.

Kasihan Aril melihat isterinya. Berhati-hati Aril mengeluarkan sisa kaca yang terbenam dalam betis isterinya. Setelah itu dia membalut kemas kaki Kay.

“ada terseliuh mana-mana?” Soal Aril perihatin. Kay menunjukkan kaki kanannya.

“kesian isteri abang ni ya. Cedera sana sini. Macam mana nak jalan ni? dua-dua kaki sakit. Nampaknya lepas ni abang jadi pendukung sukarelalah.” Aril cuba menceriakan keadaan. Kay tidak membalas. Dia hanya memerhati. Aril dilihatnya tekun mengurut kakinya yang terseliuh. Keikhlasan jelas terpancar pada wajah tenang itu.

“Awa belum makan lagikan? Kita makan sama okey?. Abang ambil sekejap ya..” Kay terharu dengan keikhlasan Aril.

“nah makan! Abang suapkan ya.”ucap Aril lembut sekali. Tidak pernah dia dilayan sebegini. Bagus juga sekali sekala macam ni. Berbaloinya kaki aku cedera. Boleh jadi baby sekejap! Kay tersengih sendiri.

“kenapa sengih ni? tengah sakit boleh sengih pulak!” Kay menggeleng. Aril menyua sudu kepada Kay. Kay Megangakan mulutnya. Sesuap, Dua suap, tiga suap. Kay tidak mampu menelan lagi. Perit dikaki mengatasi segalanya. Kay meneguk pula air huluran Aril.

Kay mengaduh lagi. Kakinya benar-benar sakit. Mukanya dikerutkan. Kalah moyang rasanya kerutan dia itu.

“Sakit sangat ya? Dah! dah! abang ada ni.” Aril menarik Kay dedalam dakapannya. Aril cuba menenagkan Kay. Dibelainya rambut Kay. Kay membalas pelukan Aril. Dia berasa terlindung ketika itu. Akhirnya Kay terlena dalam pelukan Aril. Aril turut sama terlena. Tangannya tidak lepas daripada merangkul pinggang Kay.


* * * * * * * * *


“Abang! Abang! Kay rindu abang..” Rindunya pada abang menebal. Dia memeluk bantal peluk disisinya. Bantal peluk?!!. Tangannya meraba ‘bantal peluknya’ yang terasa lain itu. Bantal busuk kesayangannya itu terasa keras semancam. Kay memfokus pandangan sisinya.

Pandangannya semakin jelas dan jelas. Wajah aril terpacul dalam kotak ingatan. Dia cuba mengingati apa yang berlaku. Bilik yang asing dan lelaki disebelahnya mengapa dalam keadaan mencurigakan? Aril memandangnya tidak berkelip. Baru Kay dapat memproses mindanya, dia teringat kejadian semalam yang memalukannya. Abis dia dah tahu kelemahan aku!.takdelah brutal manapon. Malu bertandang.

Aril memerhati perilaku Kay. Siapalah Abang dalam mimpi dia tadi? Aku kot? Jangan perasanlah Aril!. Aril tersenyum sendiri. Kay bingkas bangun. Kakinya dijuntaikan kebawah. Dia memandang kaki yang sedia berbalut.

“Abang? Abang!” bisik Kay perlahan. Kay teringat akan kucing peliharaannya dikampung. Entah apa yang abang buat tika ini. Entah makan entahkan tidak.

“aik! Mimpi abang ke?” Soal Aril. Keningnya dibuat double-jerk. Kay mendengus perlahan. Kan dah kata semua dia nak tau, nak korek.

“seboklah…” Pantas tangannya mencapai telepon bimbitnya dan mendail nombor.

“Hello Za! Eh.. Waalaikum salam.” Kay tersengih kerana terkena dengan Zara.

“Za kau free tak esok? La..esokkan cuti zara oii! Petang ni? oh..ok! kalau macam tu tak apalah. Okey..bye!.” Jari Kay mendail lagi.

“Assalamualaikum Anne! Kau busy tak? Teman aku petang ni. Kita balik kampung. Ala anak gajah tu sebokla.”Aril disebelah mengangkat kening. Anak gajah? Siapa anak gajah?.

“aku rindu abangla. Aku cadang nak ambil dialah bawak sini. Kau tau kan aku ni macam mana? Yes! Kaula kawan aku dunia akhirat. Muah!muah! thanks! Petang ni ya?” Kay mengakhiri perbualannya. Dia tersenyum lebar.


Malam itu juga Kay mengemas barangnya untuk pulang ke kampung. Kay menjinjing begnya keruang tamu. Kay duduk disofa menanti kehadiran Anne. Nyalaan lampu kereta memasuki garaj. Tanpa berlengah Kay membuka pintu untuk Anne. Tetapi wajah lain yang muncul.

“erk…dah balik?” Kay bertanya soalan bodoh kepada Aril. Otaknya ligat merangka-rangka.

“Nak pergi mana ni? kan abang kata nak ikut.” Aril merenung Kay.

“mana baju abang? Dah kemas sekali? Dah masuk dalam beg Awa sekali ke? Atau asing?” soal Aril bertubi-tubi.

“eh..orang pergi dengan kawanlah! Nak sebok buat apa?” Kay sudah menunjukkan muka blurnya. Mula dah soalan bertubi dia tu!.

“Amboi! Kata abang sebok ya? Abang pon nak kenal juga dengan ‘abang’ yang berada dihati awak tu.” Terasa hendak ketawa Kay dengan ucapan Aril. Betul juga, sepatutnya gelaran itu diberi kepada Aril bukan orang lain. Orang lain? Kucingla! Kucing tersayang tu. Abang yang hadir dulu dalam hidup aku so dialah yang selayaknya! Kay menyedapkan hatinya.

“ni kaki tu dah elok ke nak jalan sana sini? Luka tu berdarah balik karang! Abang yang susah.” Perkataan abang ditekan Aril.

“eleh! Tak ikhlas rupanya. Tak payahlah susahkan diri. Ni dah elok dah kaki ni”

“yeke dah elok? Dalam tu lukanya.”

“dah eloklah! Tepi orang nak lalu ni!” Kay berlagak tidak sakit, padahal dalm hati Tuhan saja yang tahu. Memang kakinya masih sakit. Dalam ke lukanya? Entah Kay sendiri tidak tahu. Tidak berani dia melihatnya. Ngeri!.

“maakkk!!”dengan jayanya Kay menyadung seketul batu. Matanya terpejam. Redha dengan apa yang bakal terjadi selepas ini. Masanya terasa diperlahankan.

‘apasal pulak tak jatuh-jatuh ni?’ Matanya yang terpejam dibuka. Terkebil-kebil dia memandang Aril yang berjaya memaut pinggangnya dari terus tersembam.

‘alhamdulillah syukur! Syukur! Selamat muka aku yang comel ni! hihihi. Terima kasih Aril. Opss! Pertama kali terima kasih ni, dalam hati je.’
“sama-sama!” Serasa Kay dia tidak mengucapkan ayat didalam hatinya tadi.

‘aku terlepas cakap ke? Aku yakin tak!’ Kay masih tidak sedar dirinya diperli Aril.

“ek ehem!” Kay mengerling kearah suara orang berdehem.

“aaa…Anne!” segera tangannya yang entah bila memaut kemas leher Aril dilepaskan. Malu dia dengan Anne. Anne tersenyum-senyum memandang mereka.

“em..teima kasihla..”

“kasihmu diterima” Aril tersengih sendiri dengan ayatnya.

“eii..mengadanya” Kay menjeling Aril.

Malam itu juga Kay bertolak dengan Anne. Sengaja dia tidak mahu menaiki kereta Aril. Kay fakir Aril pasti membatalkan niatnya untuk mengikut mereka. Tetapi tidak. Kay menjeling cermin belakang, memastikan. Memang Aril betul-betul mengikuti mereka. Agak lama juga Kay memandang cermin depan yang membiaskan pandangan belakang itu.

“hai Kay! Asyik tenung. Takut ‘pakwe’ kau tu hilang ke? Setahu aku Aril biasa dengan selok belok ke rumah mak kau?!”

“err..apa kau merepek ni. Aku harap dia tak jadi ikutla.Tu yang aku tenung penuh mengharap ni!”Kay cuba mempertahankan dirinya. Tidak sangka Anne perasan akan tingkahnya.

“yela sangat! Alasan je tu..” Anne memandang sekilas pada Kay dan cermin belakang.

“Kay aku tengok kau dengan Aril sepadan sangat!” Kay meluahkan pendapatnya. Kay mencebik.

“Aril tu handsome, baik, romantik, kerja bagus. Cukup pakejlah! Kau bagilah peluang kat dia. Kesian aku tengok dia. Dari cara dia aku tau dia sayangkan kau.” Anne cuba memujuk Kay menerima Aril yang baginya cukup menyanyangi Kay. Bertuah Kay memiliki Aril.
Dia sudah maklum dengan perkahwinan Kay dengan Aril. Bagi Anne apasalahnya Kay memberi peluang kepada Aril. Cinta boleh dipupuk, apalagi bercinta selepas berkahwin adalah lebih baik. Barakahnya tinggi.

“boleh tak kau jangan merepek meraban entah apa-apa entah. Karang bersepai gigi kau kang nak?!” Kay memberi amaran. Anne pantas menekup mulutnya. Tahu takut. Kay tersenyum sumbing.

“Kau ni! habisla pagar-pagar aku yang cantik ni. Karang nak pasang balik beribu woo! Sapa nak tanggung?”

“tanggungla sendiri!!”

“nasibla kau Aril, dapat bini macam ni. tak lama la gamaknya gigi kau tu. Satu-satu melayang.” Kay sudah menjegil pada Anne. Anne hanya mngekek geli hati.

perempuanku 5

Camry miliknya diparking betul-betul dihadapan sebuah taman tasik yang agak terpencil daripada pengetahuan ramai.



Kay melangkah turun dari keretanya menuju ke sebatang pohon yang rimbun berbeza dengan tumbuhan yang lain. Pohon itu berada berhampiran sebuah tasik. Disepanjang jalannya dihiasi lalang yang kekuningan warnanya. Sungguh selesa dan tenang tempat itu.



Disinilah pernah terciptanya sejarah dalam hidup Kay yang sehingga sekarang sering membayanginya terutama selepas dia berkahwin dengan Aril. Kay merenung tepat pohon rimbun tersebut yang mengingatkannya pada kenangan lalu..


Hari itu entah apakenanya, Kay mengajak rakannya Zara dan Anne menyertainya bersiar-siar ditaman tasik yang berdekatan dengan rumah ibunya di Dengkil. Cuti semestar pertama Kay mengajak mereka bercuti dikampungnya. Tidaklah dia keseorangan mendengar bebelan ibunya.



Mereka berjalan beriringan . Macam-macam perkara yang dibualkan. Daripada kehidupan seharian sehinggalah kepada soal peribadi. Tidak semena-mena mata Kay tertupu kearah sebatang pokok yang berbeza daripada yang lain. Entah kenapa pohon itu menarik perhatiannya.

Kay terpandang akan seseorang dibawah rimbunan pohon tersebut. Lelaki itu sedang bersandar sambil merenung kejauhan. Tedetik suatu perasaan halus dihati Kay. Adakah lelaki itu diciptakan untuknya? Mengapa dia sering ada dimana setiap kali Kay kesini dan kadang-kadang bertembung dijalanan. Siapakah gerangannya dia?. Berbagai andaiyan bermain dimindanya.

Perbualan dua rakannya sudah tidak menjadi topik utamanya. Mata Kay tidak lepas memandang pada gerangan yang gemar duduk dibawah rimbunan itu. Dia rasakan lelaki itu turut memandang kearahnya. Tetapi dia tidak pasti.

Lelaki itu sering mengenakan pakaian dan gaya yang serupa setiap kali mereka 'berjumpa' . Berbaju t-shirt polo beserta seluar jeannya. Dan dia pasti tidak lupa akan kaca mata hitamnya. Sehingga kini Kay tidak pernah menatap dan mengenal wajahnya...

Kay menapak perlahan kearah pohon tersebut. Dia bersandar pada pohon itu. Matanya liar memandang sekeliling. Mengapa hari ini Kay datang 'dia' tiada? soalan itu bermain dihatinya. Sibuk sangatkah lelaki itu? rindu? terasa rindu pula diaakan lelaki itu.

Kay teringat akan kejadian siang tadi. Segera disapu kasar dahinya. Digosok-gosok lengan bajunya bagi menghilangkan bakteria Aril.

"gosok sampai merah dahi ni pon belum tentu bakteria kau ni hilang tahu tak orang tua?!!!" marah Kay sendirian. Kata-kata Aril kepadanya masih tergiang-ngiang didalam kepala.

'tapi kalau muka comel ni pakai tudung lagi cantik. Abang tak sabar nak tengok.'

Kay mengelus rambutnya yang lurus sehingga paras pinggang itu. Dilepaskan ikatan rambutnya.

"tak cantik ke aku macam ni?" soal Kay.

Cantikkah dia memakai tudung? Kay membayangkan dirinya memakai tudung. Dia tersengih.

"Ah...belum sampai seru lagi!"Kay mengerling jam ditangan.

"Aril dah blah kot! baik aku balik sebelum maghrib habis. Mestilah dia dah bertolak."

Aril mengemas pakaiannya. Dia perlu ke Johor Bahru untuk beberapa hari. Semasa tiba tadi dia sedikit kecewa kerana hanya terdapat Corolla Altis sahaja yang tersadai di porch. Kereta milik isterinya tiada kelihatan dimana-mana.

Aril menarik beg bajunya lemah. Dia memasukkannya dibut belakang. Dia meninggalkan kediaman dengan rasa kecewanya. Merajukkan Salwa?.

Aril memandu sehingga memasuki kawasan terpencil. Taman tasik yang dulunya menjadi tempat persinggahannya yang sudah lama ditinggalkan. Rindu bertandang. Tempat itu sahaja yang berjaya mengubati kegusaran hatinya tika itu.

Hajat dihati terbantut sebaik dia tiba berhampiran pohon pokok yang menjadi persinggahannya.

'Awa? apa dia buat kat sini? hmm..nak lari dari abang lah tu.'

Aril tersenyum kecil. Leka dia memerhatikan Kay yang Kadang-kadang tersenyum dan bercakap seorang sambil membelai rambut ikalnya yang lepas. Patutlah dia seperti ternampak camry milik tadi. Tidak terfikir pula akan dia kereta itu milik isterinya.

Aril tersenyum lagi. Semasa Kay melangkah meninggalkan tempat itu Aril mengantar pesanan ringkas kepada Kay. Dia pasti Kay membacanya walaupun Kay tidak membalas. Aril berasa lega sekarang.

***********************

Seisi pejabat hairan dengan sikap bos mereka. Mana tidaknya minggu lepas moody dan hari ini happynya semacam je. Mereka semakin hairan melihatkan pemakaian kasual Kay ketempat kerja. Sihatkah? atau sakitkah peneraju syarikat tempat mereka itu?.Entahlah pening memikirkannya.

Kay mengenakan t-shirt lengan panjang berwarna putih beserta seluar denimnya. Dia berjalan terlompat-lompat kecil sambil menyanyi girang.

Hari ini Kay mahu memprotes suaminya. Biarlah Aril tidak nampak sekalipun. Yang Aril tidak suka itulah dia akan lakukan.

"hahahaha!"Kay tergelak-gelak dan dia menyanyi lagi.

"if you go away...,

"you will see me cry...,

"don't you let me go...,

"baby don't you let me down..,

Semua mata tertumpu kepadanya. Kay tidak peduli. Hari ini dia gembira sangat. Kay menyambung lagi nyanyiannya.

"You never say goodbye..,

"Handongan Meonghani Udukeoni Anja...,

"Dasi Saenggakhaessjiman..,

"Meomchulsun Eopsgesseo Ontong Geudae Saenggak..,

"Halsu Bakke Eopsneun Nae Jasini Miuo..,

"Don?t you let me go baby don?t you let me down.....

"Kay kau sihat tak ni?Soal Zara Manisa. Hairan juga dia melihat Kay. Takut-takut tersewel, tercabut fius. Risau juga dia.

"i'm okla...terlebih sihat lagi. Tak nampak ke?."Zara merenung muka bujur sirih rakannya. Mata galak milik Kay bersinar daripada biasa.

"dengar semua!! harini i belanja you all...makan je ape yang you all rasa nak makan. I bayar. Amacam?" Ruang pejabat hinggar dengan tawaran Kay. Kay tersenyum lebar. Dia melangkah masuk kedalam biliknya dengan senang hati. Zara hanya menggeleng melihatkan keletah Kay. Tubuh langsing itu hilang disebalik pintu bilik pengarah urusan.

Waktu rehat semakin hampir. Kay bersiap untuk keluar. Dia mengemas fail-fail kerjanya yang berselerak diatas mejanya.

"hey!! you all tak nak rehat ke?" Soal Lay kehairanan melihat kakitangannya yang masih belum berganjak dari tempat masing-masing sedangkan rehat sudah pun bermula.

"tunggu puanla...katanya nak belanja kami. hihihi!"Balas satu suara. Kay tergelak.

"tak payahlah berpuan-puan dengan saya. Kay je."

"ok jom!! hari ini saya bawak rombongan. Jom kita makan!!" ucap Kay bersemangat.

"Jom!!!" Sambut yang lain.

Sesampai dikantin Zara mengumumkan sesuatu. Kay terpinga-pinga.

'ini termasuk dalam rancangan ke?'

"ok semua hari ini kita akan meraikan perkahwinan Kay dengan En. Haril. Memandangkan semua baru tahu." Kay merenung Zara tajam.

'apa semua ni?'

Kay bukan kau yang akan belabja kitorang tapi...your hubby tu..."tunjuk Zara.

Dikejauhan Aril menghampiri sambil tersengih.

'aik! bukan dia out station ke?'

"ai, cantik baju Puan!"sapa Aril.

"nampaknya bos yang terlebih dulu melanggar etika kerja."perli Aril lagi.

"well..." Kay mengibas rambutnya.

Makcik kantin menghampiri dengan membawa sebijik kek di tangannya. Mereka menyanyi lagu selamat buat Kay dan Aril. Lilin ditiup Aril. Kay hanya memandang tidak berperasaan.

Kay memandang Aril yang sedang tersenyum kepadanya. Rancangan jahatnya datang. Dia membalas senyuman suaminya itu. Aril semakin hampir dan...

"gedegang! buk!!! tiiiinggg!" dan pelbagai bunyi lagi. Bunyi berdentum-dentam.

Kay memaling muikanya menahan geli hati. Kakinya yang menghalang jalan Aril ditarik semula. Gelihatiny7a dihambur jua. Sangkanya Aril jatuh seperti nangka busuk sahaja, tetapi lebih daripada itu.

'anak gajah jatuh rupanya'

Ruang kantin diwarnai gelak ketawa. Kulit Aril yang sememangnya putih bertukar semakin merah. Jelas sekali yang dia menanggung malu.

Aril cepat-cepat bangun. Diangkat sekali barang yang jatuh bertabur bersamanya tadi. Malu dirasakan saat itu. Siaplah Kay kerana telah memalukan dirinya didepan orang ramai. Sengal terasa badannya. Nasib baik kantin itu beralaskan karpet. Kutang sedikit sakitnya.

Sophie yang melihat kejadian itu meluru kepada Aril.

"En. Haril you tak ape-ape ke?" soalnya.

melihatkan kerlingan tajam Aril Kay segera meninggalkan Aril menuju meja staf yang lain.

"weyh Anne kau pon ada?" Kay teringat akan perbuatan jahat Anne kepadanya tempoh hari.

"owh..kau kena kan kau ya! kau memang nak kena dengan aku ya?!!"

"bertendang-bertendang Kay!! apa aku buat kat kau?"soal Anne pura-pura tidak mengerti.

"banyak kau punya bertendang ! karang aku tentang kau sampai indon sana baru tau!!" ancam Kay.

"yelah! sorry lah Kay. Kau kan Kawan aku yang paaaling baik, comel,ayu, penyabar. Kan-kan?"Anne membuat mimik kasihan.

Kay menghadiah kan satu cubitan dilengan Anne.

"kau memang! bab membodek orang no 1 kan? dahla aku da lupa pon sebenarnya perkara tu. tapi jangan kau buat lagi sudah!! berterabur pagar kau pulak karang. Kau nak?"Anne menggeleng

"aduh Kay..kau punya cubitan lebih spicy daripada biasalah"

"kalau kau nak rasa yang lebih hot lagi daripada tu, kau cuba-cubala buat lagi.!!"ancam Kay.

"tak!tak!, aku tak buat dah"Anne mengangkat kedua tangannya tanda mengalah. Kay hanya tergelak.

perempuanku 4

Pagi itu usai solat subuh, dia terlelap semula. Terasa lelahnya semalam selepas bertemu clientnya masih ada. Aril mengangkat kelopak matanya perlahan.Dikerlingnya jam disisi katil.

“alamak!! Dah lambat! Macam mana boleh terlajak ni!” Serta merta matanya terbuka luas. Ingatnya tadi ingin lelap sekejap. Aril sedikit cemas. Matanya meliar kesegenap ruang.

“mana Awa ni? Bukan nak kejutkan orang” Dia menyalahkan Kay pula. Dia teringat akan temu janji dengan setia holdings sebelum waktu pejabat. Dia perlu mengesahkan beberapa lagi wasiat Puan Nora, Pemangku asal setia segera. Aril bersiap ala kadar. Sempat dia menghirup air yang sempat disiapkan Kay. Aril mencapai briefcase dan kunci kereta. BMWnya menderum laju membelah jalan raya yang kesiangan.




Kay tergesa-gesa kepejabat tanpa mengusik sedikit pun sarapan yang dibuat. Risau janji yang diatur oleh Zara dengan peguam setia akan terlewat. Zara memberi tahunya peguam tersebut terpaksa membuat pertemuan awal kerana petangnya dia akan bertolak ke Johor. Sesampai di officenya jarum menunjukkan tepat pukul tujuh. Ini bermakna dia berjaya datang lebih awal. Fikir Kay. Setengah jam berlalu , kelibat yang dinanti tidak muncul jua. Kay mulai bosan. Dia keluar dari biliknya untuk mengisi hajat di perut.

Kay perlu membuat sendiri air, memandangkan Zara yang pastinya belum tiba. Ketika melintasi meja staf-stafnya, Kay dapat mendengar jelas suara rancak Sophie dan Hana. Siapa lagi kalau bukan dua orang sahabat yang sekepala itu. Suka menjaga tepi kain orang. Awal pula mereka ini sampai, fakir Kay.

“kau tau tak Hana mamat handsome yang haritu katanya nak datang tau” Terdengar suara gedik Sophie memberi tahu.

“siapa?” usul Hana pula. Malas ingin berteka teki.

“ala kau ni buat lupa pulak. Siapa lagi yang haritu borak-borak dengan kita tu” Sambung Sophie cuba mengingatkan.

“ha!! Peguam setia? Lah cakapla awal-awal. Kau tau tak setiap kali dia pandang aku and senyum kat aku, aku rasa nak pitam. Fuh!Setiap perkataan dia yang keluar aku tak lepas satu pun. Kalau kau nak aku ulang aku boleh . Itupun kalau kau tak percayalah.”

“Aelah! Kau ni kelakarlah. Tak payah!! terima kasih. Cuma aku nak bagi tau kau yang aku akan pastikan dia aku dapat dulu.” Ucap Sophie angkuh.

“ehem! Ehem! Da tak de kerja lain ke? Datang pagi-pagi sebab nak bergosip je ke?”tegur Kay kepada mereka berdua. Boleh sedap-sedap mereka bercerita pasal peguam setia. Hensem sangat ke?. Sepatutnya dia yang kenal dulu, mereka pulak yang terlebih-lebih.

“Hensem sangat ke ‘pakwe’ korang tu?” Kay cuba berbasa-basi dengan mereka. Kay lebih suka besikap tidak formal bersama stafnya lebih-lebih kepada sophie dan Hana yang lebih kurang sebayanya cuma dia lebih muda.

“ala you tau apa? Semua orang tau, hati batu macam you ni mana ada class. Lainla I ni”Kay mencebik. Walaupun di tidak senang dengan bahasa Sophie tapi dia tidak marah. Kay melangkah kepantri. Dari situ dia cuba mengusik mereka.

“suami I lagi hensem tau!!!”Kay tergelak sendiri. Rasa hendak termuntah memuji orang tua tu. Kedengaran suara gelak Sophie dan Hana. Staf yang lain mula memenuhi pejabat. Perbualan Sophie dan Hana turut di sertai suara serak basah seseorang.

“you boyfriend pun takde inikan pula dah kahwin. You ni merepek lah buat kelakar pulak!”

‘ish budak celupar dua ekor ni, lagi dilayan lagi menjadi’ Kay selesai menyiapkan dua gelas tea untuknya dan sitetamu.

“manalah sipeguam bertuah ni, tak sampai lagi. Buat penat aku je datang awal!” ucap Kay sedikit lantang. Semua mata tertumpu kearahnya. Tersipu-sipu Kay di tempatnya. Orang yang berbual bersama Sophie dan Hana turut berpaling.

“Alamak!!Kay terjerit kecil.

‘macam mane dia ni ada kat sini. Buat menyemak ofis aku jelah’

“Awa?!! Dia turut terperanjat dengan kehadiran Kay disitu.

“Eh, Encik Haril you kenal bos kitorang ke?”soal Hana.

“eh kau ni Hana. Kan Encik Haril peguam setia mestilah dia kenal.”terang Sophie

“Bos??” Aril menghampiri dengan senyumannya.

“tak sangaka abang. Isteri abang rupanya Bos kat sini. Apasal sebelum ni abang tak nampak? Oh..sebelum ni Puan Nora.” Sophie dan Hana terpinga.

“Isteri??..”soal Sophie tidak percaya. Kalau betullah melepas lah dia. Dan pasti dia akan malu dengan Kay disebabkan kejadian tadi.

Aril mengambil segelas air di tangan Kay. Kay bengang dengan tindakan Aril. Peguam sorang ni pun satu bukan nak datang cepat. Belum sampai lagi, padan muka air kau da kena ambil.

“oiyy…Encik itu bukan air encik. Kalau Encik nak, buatlah sendiri!!!” Marah Kay. Semua mata memandang. Pelik dengan sikap baran bos mereka yang tiba-tiba. Belum pernah mereka melihat Kay setegang itu.

“well. Air ni pun abang yang punya kan? Bila nak mula? Takkan nak bincang kat pantri ni kot?”

“ Encik Haril? You..”Sophie semakin tidak puas hati. Dia inginkan kepastian dari Aril. Aril dapat mengagak apa yang bermain di hati semua mereka.

“hmm..this is my girl la! Kan sayang?” ucap Aril sambil merangkul pinggang isterinya. Kay semakin panas. Sophie dan Hana pula terdiam tak terkata.

“and you Salwa. Cik peguam tu abangla. Tak payah terpekik, abang dah ada kat sini” Kay semakin rasa hendak meletup. Pejabat jadi hinggar.

“diam!!” Aril tenang walaupun ditengking begitu. Seisi pejabat sepi serta merta. Kay melepaskan pegangan Aril.

‘takkan aku nak berurusan dengan dia?kat rumah pun tak ngam’

“Kay?? Kenapa ni bising-bising? Kenapa tengking Aril tu?”Zara Manisa yang baru sampai menyoal hairan.

“Dah! semua pergi buat kerja . Jangan asyik nak jaga tepi kain orang je”ucap Kay mendatar tetapi tegas. Kata-kata Zara menyakitkan hatinya. Seperti dia menyebelahi Aril.

‘Knape aku tengking dia? Padanla dengan muka dia yang tak tau malu tu, Sophie dengan Hana pulak boleh menggatal dengan dia entah brapa lama aku tak tau. Dia pulak pegi layan.Cemburu? aku bukan cemburu!!. Lelaki semua tak boleh percaya. Memang padan aku marah. Malu kan aku tau.’

- Kay!! Dia laki kau sebab itulah kau tak elok tengking dia. Jangan kau nak salahkan orang lain pulak! Suara hatinya berkata.
- Kau diam!! Dia dah malukan aku. Kau apa tau?
- Apasal pulak kau malu? Apa dia buat? Dia Cuma berkata benar. Kau terlalu ego Kay!
- Diam!!

Kay melangkah pantas kearah biliknya. Hatinya keliru ketika itu. Aril turut membuntutinya.




Semasa sesi perbincangan Kay langsung tidak dapat menumpukan perhatiannya sehinggalah selesai.

" apa yang tengok-tengok lagi tu? kan dah selesai? baliklah,takkan takut sesat?"sengaja Kay ingin menyakitkan hati Aril.Aril hanya senyum.

'adalah yang dia nak tu!'

"aah abang takut sesat! jomlah hantar abang, takkan nak halau macamtu aje . Cara terhormatlah"

'suka akulah nak halau cara apa!'

Kay segera membuntuti Aril. Dia mahu Aril segera 'berambus'. Kalau tidak ikut panjang pula ceritanya.

Sesampai dilua Kay segera memaling meninggalkan Aril. Langkah pertama terhenti. Aril memegangnya kemas.

"apa lagi?" Soal Kay sedikit marah.

"salamlah abang! dapat restu sikit buat kerja harini. Baru berkat kan?" Aril menghulurkan tangannya. Makin mengada-ngada lelaki ini. Fikir hati Kay. Tanpa membuang masa dia mengenggam tangan itu, lalu dikucup.

"cantik Awa waktu kerja. Kalau kat rumah jangan haraplah nak bergaya macamni. Selalu pakai baju ntah apa entah. T-shirt seluar, T-shirt seluar. Balik-balik tu. Cubalah pakai feminin pulak.

'eii..gelinya aku. Suka oranglah nak pakai apa. Nak suruh aku feminin. Simpang malaikat 44' Kay membayangkan dirinya memakai begitu. Baginya perempuan yang femini adalah gedik. Contohnya Sophie. Dia cuba membayang dirinya gedik.

'eii!! gila ke apa nak suruh aku tergedik-gedik macamtu'

Kay mengangkat semula mukanya dari genggaman tangan. Serentak itu Aril berbisik di telinganya.

"tapi lagi cantik kalau Awa pakai tudung tau. Abang teringin nak tengok muka comel ni pakai tudung" ucap Aril sambil mengucup dahi isterinya.

"lagipun aurat perempuan hanya untuk seorang yang bergelar suami sahaja" Terkejut Kay diperlaku begitu. Seingatnya ini kali kedua dia dikucup Aril. Itupun yang pertama ketika selesai akad nikah. Darah menyerbu naik kemuka. Terasa sesuatu perasaan aneh menyirap keseluruh urat sarafnya. Perasaan yang sama ketika pertama kali egonya terganggu gugat. Serta merta pertemuan dengan lelaki misteri itu bermain-main di minda. Kay seperti diburu bayangan itu.

'aku harus lupakan bayangan tu segera!'

Kay seperti digam. Dia memandang tepat pada dada suaminya. memandangkan Aril lebih tinggi darinya. Dia tersedar selepas ditegur nakal stafnya. Kay lantas berpaling meningglkan Aril. Kay merasakan kepala lututnya goyah. Dia menggagahkan dirinya juga.

' ah!! mengapa perasaan itu harus ada pada Aril??'

perempuanku 3

“Aril mak nak Aril bentuk si Kay ni. Jangan manjakan dia sangat. Sejak dia dah tak duduk dengan mak ni macam-macam mak dengar pasal dia ni. Makin liar . Susah nak balik malam. Entah apa yang dia buat malam-malam kat luar tu tak taula mak”

Kay naik getik dengan sikap emaknya itu yang sejak baik sekejap tidak itu. Memang dia mengaku perangainya tidak menyenangkan,tetapi setelah Kay bertemu dengan Puan Nora perangai liarnya tidaklah seteruk dulu.

“Buktinya dulu tu. Berani tu dia lari nak dekat setahun. Nasib baik Mak jumpa dia entah dekat lorong mana entah” Sambung Puan Salwiyah sambil menjeling Kay yang jelas dengan riak tidak puas hatinya.

“Alah biasala tu mak. Budak muda sekarang ni kan. Mana kita boleh nak kongkong. Aril pon dulu macamtu juga. Tak kemanalah tu mak.”Balas Aril dengan senyuman yang tidak pernah lekang.

‘ape tidak penatkan lelaki ini dari tadi tersenyum memanjang. Mak ada buat lawak agaknya’ Bisik hati Kay.

“apela mak ni, suka hati Kaylah kan?Kay bukan lepak dengan siapa-siapa pun. kawan –kawan Kay jugak. Semuanya perempuan ”terang Kay
“tak tahula orang tu ,entah siapa entah kawan dia tu” Balas Kay lagi . Ayat itu tajam dituju kepada Aril.

“Kay!!”Paun Salwiyah menjeling tajam kearah Kay. Apelagi kalau tidak marah. Pasti ceramah berjela.

“ Belajar sikit hormat orang. Aril sekarang dah sah suami kau tau?! “Kay mencebik lagi. Kay tidak peduli siapa Aril.

‘Kau yang nak kawin dengan aku bukan aku. Memang padah la kau pilih aku’
Hati Kay terus menerus menyeranah lelaki disebelahnya. Kay sememangnya anti lelaki sehinggakan dia di fikir yang bukan-bukan oleh rakan yang lain. Kay tidak peduli itu semua. Gara-gara lelaki kebahagiaan keluarganya musnah. Dia sungguh bencikan insane bernama lelaki. Baginya hanya satu yang bertahkta di hati. Ayah . YA ayah adalah insane itu.







‘Ahhh!...benci lelaki!!’saat itu matanya bertembung dengan anak mata Aril. Lelaki itu tersenyum manis memandang Kay. Seyuman dibalas jelingan tajam. . Kay merasakan sesuatu tiap kali dia memandang Aril. Dia tidak pasti. Tetapi yang pasti suhu marahnya pasti akan meningkat. Segera dipaling wajah kearah lain. Tidak sanggup lagi menatap wajah tenang itu. Takut api kemarahan nya menggelegak .Siapa yang akan susah nanti.






“Wei Kayy!! Kau dengar tak ni? Mati terus lamunan Kay dengan sergahan Anne.

“Kau ni melamun pulak dia. Kau ni ada problem ke?”Soal Anne ingin tahu.

“takdelah….ha apekau Tanya tadi?” soalan dijawab dengan soalan.

“Kau ni…tak niha aku tengok album ni. Semuanya aku tak kenal. Laki kau puya ke?”Kay memandang Album gambar di tangan Anne. Memang album itu bukan dia punya .Aril punya ke? Tidak perasan pulak dia.

“hmm..yela kot” jawab Kay acuh tak acuh.

“Eh Kay,tengokni . Kacak la that’s guy. Hensem nye Kay.”Kay berpaling memandang Anne.

“Alah Kau semua Handsome”Balas Kay. Diangkat kedua belah kakinya keatas sofa yang diduduk.

“Eh kau ,dah jadi bini orang pon masih tak bersopan lagi eh”peril Anne

“peduli apa aku”

“weh serius ok. Gila hensem mamat ni. Aku dah tangkap lentok ni. Aish Kay minat laki kau rakemen kan”Anne tersengih.

“banyakla kau punya rakeman. Meh sini aku tengok,hensem sangat ke?”Anne menghulurkan album itu dengan mata yang bersinar-sinar.

“Weh kau terlebih bersinar nampak mata kau tu”Usik Kay. Anne tersengih lagi.

“HA?!! Mamat ni ke yang chem sangat tu?!”

“ya! Why?ok ape. Kau tu hati batu. Muka dia cute je ala-ala korea gitu. Senyuman pon boleh cair aku ni. Kau tengokla mata dia. Aku rasa nak curi je .Geram siot!”

“Eh kau cakap baik sikit eh. Kau dah lambatla kawan. Aku dah ikat dia awal-awal la. Hahaha” Kay tidak memaksudkan apa-apa dengan ayatnya.

“Weh kau melampau. Aku pon nak jugak merasa. Mana kau nak campak si Aril tu ha?”

“Ala campak je dalam longkang tu ha,kan senang dari tv sembilann…”jawab Kay melawak. Ditonjolnya kepala Anne geram.

“Kauni tak pahamla” dibiar Anne dengan teka-teki seketika.

“betol Kay. KAcak sangat diani. Tolong aku Tanya laki kau eh?”Kay menjegilkan matanya kea rah Anne. Ditonjol sekali lagi kepala rakannya itu.

“kauni tak paham ke?? Tanyalah gamba yang kau tangkap lentok tu. Kau nak Tanya laki akukan ha tula dia. Ngok!!”

“What?? Hehehe. Kay What the…haha sorry la eh. Tercintan sekejap laki kau. Bertuah kau dapat laki mcm tu. Pandai mak kau carikan. Ni yang nak suruh mak kau carikan ni”gurau Anne.

“Mesti dia romantikkan? Kay mengangkat kedua belah bahunya.

“kenapa kau nak ke?

“Eh ada ke macam tu. Kaulau aku dapat orang macam Aril ni tengok sebelah mata pon aku tak kasi tau!

“Kau bukan batak benda macamni ke. Ala korea tu. Tak terpikat ke dengan Lee Aril Kau tu?”Usik Anne.

“mengarutla kau”
‘ aku nak pandang pon susah ni nak jatuh cinta!’

“pirah!”ucap kay lagi.Dia juga hairan. Betul kata Anne. Dia pantang kalau nampak orang ala korea ni. Tidak kiralah lelaki atau perwmpuan orang itu. Aril memiliki cirri tersebut. Walaupun kulitnya tidaklah semelepak orang korea. Warna orang asia .Fikir Anne.

“Aelah kau..so macam mana nanti ? Soal Anne sambil menjungkit-jungkitkan keningnya meminta kepastian.

“so what?”soal kay tidak mengerti.

“Malam nila…First night dengan mamat handsome. Hii..” Tngan Kay sudah di angkat ingin diketuk sekali lagi kepala Anne. Sepantas kilat Anne mengelak. Kay mengambil kusyen disebelah dan dilempar kearah Anne. Mereka sama-sama ketawa.






Kelopak matanya diangkat. Terasa berat sekali. Penat mengemas rumah tadi bersama Anne masih ada. Pandangan sekelilingnya gelap gelita.
‘ berapa lama aku tidur ni? Anne dah balik ke? Gelap je dah malam kot.’ Ngomel Kay didalam hati.

Kay bangkit dari sofa lantas mencapai suiz didinding. Serta merta ruang yang tadinya gelap bertukar terang benderang. Dikecilkan mata yang silau memandang jam didinding.

“pekul berapa ni? 11.00?! Aril dah balik ke? Asal tak kejut aku” bebel Kay. Seolah-olah Aril boleh menjawab.Lantas kakinya memanjat tangga menuju bilik utama. Pintu ditolak kemudian lampu dipasang.

“Asal aku rase semacamje?” Kay bermain kata-kata. Dibuang pandangannya kesegenap sudut bilik itu.

“Cantinya bilikni siapa yang hias?”Kakinya melangkah dengan lebih dekat kearah katil untuk memastikan ayat yang ditulus diatas satu kain rentang dengan lebih jelas.

‘SELAMAT PENGANTIN BARU~KAY&ARIL~ SEMOGA KITA KEKAL SELAMANYA..AMIN
-CINTAMU-‘
Tebuntang mata Kay membaca. Tidak sanggup membaca yang seterusnya.

“Anne!!..memang nak kena kau ni. Macam mana aku tak perasan ni? Kau letak ubat tidur dalam air aku apa! Pantas tangannya menarik kain rentang itu. Sebelum Aril balik lebih baik dia cabut.

“Kay tak payah cabutlah..dah cantik tu abg suka. Pandai Awa hias”

“Ahh..peduli apa aku, kau nak kena ya Anne.Siap kau!!”
‘eh siapa tu? Kay ingat balik suara serak-serak basah itu adalah milik…
Kay berpaling. Gulp!.Ditelan air liurnya.
‘Alamak dia dah nampak ke?dah baca ke? Kalau tak nasib baikla..’

“La..kenapa cabut …cintaku?

‘Cintaku? Dia sempat baca ke? Serasa payah air liurnya ditelan. Pahit sekali. Darah menyerbu naik kemukanya

“comel cintaku punya blushing tu”usik Aril

“Penat kemas rumah eh. Panas. Sampai merah muka tu?”

Naik meluat Kay dengan sikap Kay.’memangla penat kau ingat apa aku ni mesin boleh buat kerja 24 jam. Mesin pun belum tentu lagi. Dia tidak mempedulikan Aril. Segera dia melangkah bawa kain rentang tadi. Dalam fikirannya benda itu perlu dihapuskan segera

“Awa nak turun bawahkan?”Tanya Aril

“Tolong abag boleh? Ambil air segelas untuk abang.”tekaknya terasa dahaga pula. Penat setelah berjumpa clientnya.

Kay yang setapak lagi melepasi pintu terhenti dengan permintaan Aril.Dia mendengus kuat.

“Kau ada kaki ada tangan kan? So jangan nak berlagak macam baby ok. Kau jangan ingat aku isteri kau, kau senang -senag nak control aku. Ingat aku orang gaji kau!” suara Kay perlahan tetapi cukup membuatkan Aril tersentak.

“Aku dah masak kalau kau nak makan. Nasib baik aku ingat kat kau tau! Dah kira baik dah tu. Pergi ambil sendiri. Selfish!!”Marah Kay. Kay merasakan Aril menyimbah minyak keatas bara. Marahnya belum reda dia disuruh itu ini. Kay tidak suka orang yang mengarahkan nya.

Segera Aril menyedapkan hatinya. Permulaan memang begitu. Dia yang memulakan permainan ini,jadi dia harus tabah mengharunginya. Kay sempat menjeling senyuman yang tersimpul dibibir lelaki itu

‘ takde perasaan apa. Aku melenting pon tak kesah? Bguslah takde lah aku serba salah nak marah dia.’

“takpela wa abg tak lapar pon. Mungkin my girl penat sangat kot.”Aril cuba membuang rasa bersalah dihati Kay yang sememangnya tidak berasa bersalah.

Malam itu berlalu tanpa belaian seorang isteri yang diimpi aril. Aril bertekad dalam hati dia akan berusaha memiliki hati wanita ini.

‘hati yang keras jika lama-lama dilentur pasti akan lembut jua’bisik hati Aril.

perempuanku 2

Pagi semakin berlalu menandakan waktu rehat dan lunch semakin hampir. Interkomnya menjerit lagi.


"Kay! Anne call lagi. Nak sambungkan ke?"


"Ha..ok"seketika kemudian kedengaran suara lembut wanita dihujung talian memberi salam.


"Waalaikumsalam! ha apahal lagi ni?"soal Kay kepada Anne.


"hai!pengantin baru ni busy sangat ke?nak call sikit dah tak boleh?"


'Aish Anne ni nak tambah takat didih aku lagi ke . Meletup telefon ni baru dia tahu!'


"Apa mimpi kau ni?"


"mimpi apenya! hello! ni siang aku tak tido pon.."


"yelah! tetiba je kau nak tolong aku ni apahal?"


"Aelah! Kau lah dah lama menghilang tup-tup dah kahwin pon. Tak sangka aku. Siapalah lelaki bertuah tu,yang berjaya mencairkan tembok ego tuan puteri kita ni eh?!!...lagipon kau dah lama tak lepak dengan aku and geng kan?"


"Kau ni macam tak tau pulak aku ni macam mana...kan sekarang ni aku busy gile!"


"busy apanya kau bukan nya kerja pon.."


"banyaklah!!weh kau ni dah sewel ke?tak sembuh-sembuh lagi ke penyakit kau tu? dah setahun weyh! aku pon macam-macam dah berubah . Berapa ribu kali aku nak cakap kat kau ha?tadi yang kau call 2 kali secretary aku si Zara tu angkat apenyer?!! Kay bengang dengan sikap pelupa Anne. Tahap bahaya betol!. Perkara remeh pon dia lupa. ' apenak jadila kawan aku sorang ni?'


"Owhh!dah ingat! dah ingat!..."Anne tersengih menyeringai.






"Wah! kay besarnya rumah kau.."



"Alah Anne, rumah free je"Jawab Kay endah sudut dijelajahnya. Rumahnya yang terletak di Taman Setia Wangsa itu adalah peninggalan Puan Nora yang diwasiatkan kepadanya.Bukan itu sahaja , malah syarikat setia holdings juga adalah amanah Puan Nora kepadanya. Puan Nora adalah wanita baik hati yang menjaga makan minumnya selama dia melarikan diri daripada Puan Salwiyah. Ibunya itu mahu menyatukannya dengan lelaki yang tidak dikenalinya. Kay nekad. Dia melarikan dirinya selepas habis belajar.


Dalam mencari tempat berteduh Kay di pertemukan dengan Puan Nora. Dia diberi perlindungan, dan makan pakai secukupnya daripada Puan Nora. Puan Nora tidak mempunyai sesiapa lagi dimuka bumi ini. Dia dengan senang hati mengambil Kay sebagai anak angkatnya.


Hampir setahun Kay melarikan diri dan tidak diduganya ibu angkatnya meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya ngeri. Beberapa minggu selepas kejadian itu dia dipertemukan semula dengan ibunya Puan Salwiyah. Ibunya itu tetap seperti dulu. Masih ingin menyatukannya Aril, tunangnya yang bagi Kay mementingkan diri itu. Kata ibu Aril amat menyayanginya dan ikhlas menerimanya dan sehingga sekarang masih setia menunggunya. 'ikhlaskah?'soal hati Kay. Masih segar diingatan Kay peristiwa lalu. Masih ada hati ingin melarikan diri...


Kay merenung dirinya atas bawah. Selepas di solekkan dia meminta untuk bersendirian sebentar sebelum akad nikah di mulakan. Tetapi lain jadinya. Dengan susah payah kay mengangkat kainnya sehingga keparas lutut. Kemudian.dia melompat naik menggunakan kerusi untuk melalui tingkap biliknya. Dia nekad. Tak mahu di paksa kawin. Tiba-tiba..


"Salwa Kamelia!!!Jeritan Puan Salwiyah mengejutkannya. Tidak diendahkan panggilan ibunya. Segera dia melompat kebawah. Dia berlari laju meninggalkan halaman rumahnya. Seketika dirasakan ada seseorang yang mengejar dari belakang. Tangan nya direntap sehingga membolehkan kay berpaling.

'Aril?!! ahh..Hantuni kacaula..!!'


"apsal lari ni? akad nak mula dah tau? jangan buat kerja gila ok?!!"Kay jadi kecut dengan renungan tanjam lelaki itu yang menembusi wajahnya.


'Alamak orang tua ni buat aku kecut lak. Takyah la buat muka macamtu dah tak hensem dah jadinya'


"Salwa jangan buat macamni lagi boleh tak?Karakter Aril berubah cepat. Merayu Kay pula.


'mendayu-dayu la pulak mamat ni, pelik aku!!'


"KAY ok!!"Kay menekankan suaranya. Aril tidak mempeduliakan Kay. Ditariknya tangan Kay menuju semula kehalaman rumahnya.


'Aku tak nak kawin dengan kau la hantu, ngok betul!dahla aku tak kenal kau,muncul tetiba je ada hati nak kawin dengan orang'Ayat itu terluah didalam hati sahaja. Dia malu dengan Aril akan tindakannya sebentar tadi. Apelah kata orang eh. 'Main kejar-kejar pakai baju pengantin.Haha!lantak korangla nak pikir apepon' Orang ramai tersenyum-seyum melihat gelagat mereka. Ada yang getik dan berbisik meluat ' ahh ..lantakla'

'abisla aku lepasni kena kerja dengan mak!

Kay sempat bertanyakan Aril semasa melangkah masuk kedalam rumah.

"eh Haril!naril!Aril? Ape2lakan nama kau..apsal kau nka sangat kawin denagan aku ha?soal KAy berbisik. Aril hanya mempamirkan senyumnya yang boleh mencairkan hati mana2 gadis itu. Dan jawapannya menyeksakan hati Kay. Kay hanya berdiam diri selepas itu.

Sah malam itu Puan Salwiyah menggari dan memangga setiap pinti dan tingkap rumah.

'takut aku lari latu!

tidak cukup dengan itu tangannya turut diikat di pergelangan tangan Aril.

'ahh..tak pernah dibuat orang. Ingat aku nak main kejar-kejar ke?'

Tika itu matanya bertemu pandang dengan aril. Suaminya itu hanya mempamerkan senyuman.

Bagi Kay senyuman itu adalah tanda mengejek dan menang. Bahang terasa menjalar walaupun malam semakin dingin. Kay tidak mempedulikan Aril. Ditarik tangan yang diikat ,kasar.Aril terjerit kecil.

Kay meluru masuk kedalam biliknya ,lantas berbaring diatas katilnya.Aril terpaksa mengikut jejak langkah Kay. Penuh hati-hati dibuka ikatan pergelangan tangan mereka. Aril ingin bersuara tetapi Kay pantas menyelimutkan dirinya sehingga penutup mukanya. Kay ingin melayan dingin Aril. Biar dia tahu siapa Kay.

perempuanku 1

"Miss Kay ! ada call"

"hhmm...siapa Zara?"

"Anne" kedengaran suara setiausahanya Zara Manisa menjawab.

"oh...ok kau tolong sambungkan" balas Kay pula.

"baik Cik Puan!" Gurau Zara. Zara Manisa adalah rakan seuniversiti dengannya. Dia yang mengambil Zara sebagai setiausahanya selepas dia menggantikan tempat Puan Nora beberapa minggu lepas. Lagi pula Zara memang meminati dan memiliki ijazah dalam bidang ini. Sungguh Zara terror dalam bab-bab setiausahanya.

"banyakla kau punya Cik Puan cepat sambungkan..hehh!!"

"Amboi pengantin baru ni..tak manislah yang nak marah-marah ni kenapa? sombong ya?! yela-yelah aku sambung."kedengaran tawa halus dihujung talian. Tak guna kau Zara. Bisik hati Kay.

Dia panas dengan usikan rakannya itu. Perkahwinannya dua hari lalu bukanlah kehendaknya,tetapi adalah lebih kepada rasa hormat anak kepada ibunya. Direnubgnya jari jemarinya yang masih merah. Kenangan pahit setahun lalu menerjah ingatan..




"Assalamualaikum!! ma! mak! Kay dah balik ni!!" muncul Puan Salwiyah tergesa-gesa di muka pintu.

"eh..Waalaikumsalam. Kay!balik pon kau. Ingatkan dah lupakan aku!"ucap puan Salwiyah pedas.Kay menahan sakit telinganya tika itu.Di sabarkan hatinya mendengar ayat yang terluah dari bibir tua itu. Kalau bukan kerana cuti semesternya pasti dia tidak akan pulang. Di salam tangan tua itu penuh hormat.

Malam itu seperti biasa pasti dia yang akan memasak untuk mereka. Dia kasihankan ibunya. Apalah yang Puan Salwiyah makan sewaktu ketiadaannya. Dalam marah Kay masih sayang dan risau akan ibunya. Puan Salwiyah sememangnya kurang arif memasak. Kay sedih dan kesal dengan sikap ibunya dulu. Akibat sikap ibunya itulah dia menjadi anak yang liar, sukar baginya untuk menampakkan sifat kelembutan wanitanya lagi. Tetapi syukurlah ibu sudah meninggalkan sikapnya yang ketika dulu adalah penyebab ayahnya Salman meninggal dunia.

Ibu selalu membawa pulang lelaki yang tidak dikenalinya sewaktu ketiadaan ayah. Kay sedih setiap kali lelaki itu datang pasti ibunya akan di sakiti. Sebak hatinya mendengar rintihan ibu. Setiap kali Kay cuba memarahi lelaki itu pasti dia akan di marahi semula oleh ibunya. Kata ibu duit ayah tidak mencukupi ,ibu terpaksa membuat begitu. Sesungguhnya waktu itu Kay tidak mengerti apa-apa.

Suatu hari ayah pulang awal.Ayah terkejut melihat lelaki itu bersama ibu didalam bilik mereka. Ayah meninggal disitu juga akibat serangan jantungnya...





"Prannnggg!" Pinggan kaca berderai diatas lantai. Kemudia kedengaran derap langkah yang menghampiri.

"Kayy!! Kau ni kalau tak bazirkan harta aku tak sah kan?!!"

"Maaf mak Kay tak perasan ...." Belum sempat Kay menghabiskan ayatnya Puan Salwiyah terlebih dahulu bertindak. Kay menggosok lengannya yang menjadi sasaran Puan Salwiyah melepas geram. Sudah lama dia tidak di perlakukan sebegitu. Hatinya sebak. Sedih mengenangkan sikap ibunya yang satu itu masih belum diubah. Sikap menengkingnya masih ada lagi.Puan Salwiyah ego,kasih sayangnya sukar di tunjukkan. Air ditubir mata Kay bergenang.Dia kekeringan kasih ibu yang ikhlas dan tulus.

"kemas !. Lepastu kedepan aku ada hal nak bincang dengan kau!"Arah Puan Salwiyah.

"KAy dengar sini. Aku dah terima bagi pihak kau" Kay hanya menjadi pendengar setianya.

"Ada orang datang pinang kau"Sambung Puan Salwiyah. Mata Kay dibeliakkan.

"Makk!! Mana boleh macam tu. Mak kena minta persetujuan Kay jugak! Hampir memangis Kay dengan kenyataan Puan Salwiyah.

"Kau kena ikut jugak.Aku dah tunangkan kau.Habis je belajar korang kawin. Faham!!

Kay buat muka tidak puas hatinya. 'Macam mana aku nak kahwin!! Ahhh...aku benci lelaki la!'bisik hati Kay.

"KAlau aku tunggu kau ,sampai mati pon aku tak merasa bermenantu"Hati Kay merintih.Dia tidak sanggup. Tinggal setahun sahaja lagi.

"ini ade serba sedikit latar blakang dia..ni je yang Aril tinggalkan . Dia sebenarnya nak berjumpa kau. Dia tau kau balik semesterni,tapi dia ade kerja kat luar pulak"Puan Salwiyah menghulur sepotong kertas.

Kay menatap isi kertas tersebut dengan perasaan berkecamuk.

'Mamat korea mana pulak mak aku ciluk ni?di tenung gambar bakal suaminya yang disertakan dengan profile dirinya.

'Haril Azfar bin Azhar..nama dia ke?boleh tahanla. eh apa aku ni?! umur...what ?? 27? tuanya..aku baru nak masuk 20. Ahhh!!...aku benci kahwin!!'Kay tidak sanggup lagi membaca yang seterusnya. Dilemparkan saja kertas tersebut....

"Wehh! Assalamualaikum ?!! aku cakap dengan kayu ke? alamak pengantin baru ni ...teringat hubby kat rumah ke?? Suara Anne kedengaran lantang mengusiknya dihujung talian. KAy tidak mengendahkan.

"eh ..sorryla geng. Apa kau cakap tadi?"soal Kay

"aku nak ke rumah kau lunch ni. Nak tolong kemas-kemas. Yelah kau kan baru pindah.. jadi.."

"yelah!yelah!datanglah...."